| Gambar Contoh Shj |
Islam mengakui bahawa Isa al-Masih dan ajaran yang dibawanya tetap bersesuaian dengan Islam. Pandangan Islam terhadap agama Kristian sekarang, boleh disimpulkan seperti di bawah:
Islam mempunyai keyakinan yg tegas bahawa Allah itu Maha Esa dan ajaran yg diajarkan oleh Isa al-Masih sebenarnya ialah mengakui Tuhan Yang Maha Esa (sepertimana ajaran-ajaran para nabi kepada kaum mereka yang datang sebelum Isa a-Masih). Ia turut mengajarkan keyakinan yang utama mengakui Allah Maha Esa dan al-Masih itu adalah Rasulullah, pesuruh Allah kepada kaumnya Bani Israel. Dalil yang boleh dinyatakan adalah:
a) Firman Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Sungguh-sungguh kafirlah orang-orang yang mengatakan; “sesungguhnya Allah ialah al-Masih anak Maryam”. Sedangkan al-Masih berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya adlh dalam neraka; dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang aniaya itu” (al-Maidah juzu’(6):72)
b) Mark menceritakan dalam Injilnya (The New Testament, Injil Mark 12:28-32) bahawa seorang jurutulis bertanya kepada Isa al-Masih:
(Mark 12:28). Maka datanglah seorang ahli Taurat; setelah didengarnya bagaimana mereka itu berbalah-balah sedang diketahuinya, bahawa Jesus sudah memberi jawapan yang baik, lalu ia pula menyoal dia, katanya: “Hukum yang manakah dikatakan terutama sekali?”.
(Mark 12:29). Maka jawab Jesus kepadanya:: “Hukum yang terutama inilah: dengarlah olehmu hai Israel, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan Yang Esa”.
(Mark 12:30). Maka hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan sebulat-bulat hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan sepenuh akal budimu dan dengan segala kekuatanmu.
(Mark 12:31). Dan yang kedua inilah; “Hendaklah engkau mengasihi sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Maka tiadalah hukum lain, yang lebih besar daripada kedua hukum ini”.
(Mark 12:32). Lalu kata ahli Taurat itu kepadanya: “Ya Guru, amat benarlah segala kata Guru bahawa Allah itu Esa seadanya dan tiada yang lain melainkan Allah”
Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih hanyalah Nabi dan Rasul yang diutus Allah khusus kepada Bani Israel. Dalil yg boleh dinyatakan ialah:
a) Ayat al-Qur’an melalui surah ali-‘Imran ayat 48-49. Maksudnya:
“Allah mengajarkan kepada Isa kitab, hikmah (ilmu), Taurat dan Injil. Dan menjadi Rasul kepada Bani Israel..” (dan seterusnya sampai akhir ayat)………..
b) Injil-injil turut menguatkan keterangan ini.
-Luke sendiri meriwayatkan dalam Injilnya ucapan-ucapan al-Masih yang terakhir sebelum pergi dari bumi ini, ketika beliau diburu oleh orang Yahudi dan Romawi. Ujarnya:
(Luke 13:33). “Tetapi haruslah aku melangsungkan perjalananku pada hari ini dan esok dan lusa; kerana tidak boleh seorang nabi dibunuh di luar Jerusalem”
(Luke 13:34). “Hai Jerusalem. Jerusalem yang membunuh nabi-nabi dan yang merajam segala orang yang disuruhkan kepadamu!. Berapa banyak kali aku berkehendak mernghimpunkan anak-anakmu, seperti seekor ibu ayam menghimpunkan anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu”
-Tugas kerasulannya yg khusus kepada Bani Israel dibentangkan Matthew dalam Injilnya, ujarnya:
(Matthew 15:34). Maka jawab Jesus, katanya: “Tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israel”
Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih menyeru hubungan langsung antara Allah dan amanusia dalam ibadat kepada Allah tanpa wasilah (perantaraan); seperti semua agama langit dari zaman purbakala.
Umat Islam juga berkeyakinan bahawa Isa al-Masih menerima kitab suci dari Tuhan yang bernama Injil, yang diucapkan Oleh Isa dalam bahasa ibunya iaitu bahasa umat tempat lahirnya iaitu bahasa Ibrani. Namun Injil tersebut tidak ada lagi. Hilang atau tersembunyinya Injil al-Masih yang asli itu adalah kerana perbuatan orang-orang yang sangat berkeinginan utk menukar, menambah atau mengurangi ajaran-ajaran al-Masih.
Ini bererti dengan kehilangan Injil al-Masih yang asli, ia digantikan dengan pelbagai Injil ciptaan manusia serta pelbagai ajaran lain yang dicipta mengikut kesesuian agama Masehi (Kristian) ini. Golongan tersebut juga berasa amat khuatir kerana Injil yang asli itu amat hampir dengan al-Qur’an dan ia memberi kekuatan kepada ajaran yang dikembangkan oleh Islam.
Umat Islam mempunyai keyakinan bahawa agama Masehi sekarang sudah amat jauh menyimpang dari ajaran al-Masih yang asli, terutama setelah Paul memeluk agama ini. Paul telah merosakkan agama ini dan beliaulah yang turut mengasaskan fahaman Trinity serta mengatakan bahawa al-Masih adalah Tuhan. Maka jelaslah bahawa agama Kristian sekarang amat jauh dari ajaran al-Masih yang mengajar Tauhid dan menyimpang menjadi agama musyrik. Tegasnya, agama Nasrani/Masehi/Kristian sekarang tidaklah dapat dikatakan agama Isa al-Masih tetapi ia adalah agama yg dicipta oleh Paul.
Umat Islam berkeyakinan bahawa Isa al-Masih telah mengkhabarkan tentang kedatangan Nabi Muhammad selepas baginda.
a) Firman Allah dalam al-Qur’an yg bermaksud:
“Ingatlah ketika Isa anak Maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Rasulullah kepada kamu serta membenarkan apa yg sebelumku iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan dating selepasku, namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu dating kepada mereka dengan (membawa) keterangan, mereka berkata: Ini sihir yg nyata” (as-Shaf , juzu’(28):6)
b) Injil Barnaba turut menceritakan tentang hal ini dalam beberapa fasal dan ayat. Antaranya ialah Barnaba fasal 72:10, s/d 13; seterusnya Barnaba 96:13-15; Barnaba 97:14-18. Injil Yahya 14:26.
Rujukan: K.H. Agus Hakim, PERBANDINGAN AGAMA-Pandangan Islam mengenai kepercayaan Majusi, Shabiah, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh. Terbitan Diponegoro, diedarkan oleh Pustaka Indonesia: Kuala Lumpur. Cet.ke10. 2002. m/s 108-112.







0 ulasan:
Catat Ulasan